Boikot Barang israel, Amerika & Sekutunya


Halalan Thoyyiba


Kalendar Hijrah


Waktu Solat


Sabasun Facebook


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini77
mod_vvisit_counterSemalam884
mod_vvisit_counterMinggu Ini1774
mod_vvisit_counterMinggu Lepas6068
mod_vvisit_counterBulan Ini18795
mod_vvisit_counterBulan Lepas34774
mod_vvisit_counterKeseluruhan1772557
Buku Pelawat

PENGURUSAN SABASUN: Permohonan Maaf

Waalaikummussalam.

Kepada pelanggan yang dihormati, terlebih dahulu pihak kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas kejadian tersebut.  Pihak kami telahpun mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pekerja tersebut dan berusaha supaya perkara ini tidak berulang kembali.  Terima kasih kami ucapkan di atas teguran dan nasihat.  Wassalam

Friday, 04 October 2013

assalamualaikum: budi bahasa kan budaya kiterr

sy selalu membeli di sabasun..sy nak komen sikit atas layanan pekerja anda..

selepas membuat pembayaran barang, sy meletakkan semula barang ke dalam bakul yang beroda memandangkan barang agak banyak dan berat untuk diangkat..kemudian, ibu sy ingin mmbuat pembayaran zakat di depan pintu masuk..sementara menunggu ibu dan adik sy mengangkat barang dari bakul (tak sampai 3minit pon tunggu mereka datang ambil) , sy berada di tengah2 pintu masuk bersama bakul berkenaan (bakul tak lebih dari garisan pon, kaki jer terlebih sikit) ...tiba2, salah seorang pekerja yang berada disitu dengan suara yg agak lantang mengarahkan supaya sy meletakkan semula bakul di tempat asal (memang sy berdiri di tempat asal bakul dah pon)..katanya lagi, ''bos tak kasi lebih dari garisan ni walau SEINCI pon''..sy cuba menjelaskan bahawa sy sedang tunggu adik untuk ambil barang sekejab je, namun tak diendahkannya..malah, dia memekik (dengan muka bengis)  pada pekerja lain yg sedang menolak troli kosong melalui disitu supaya memberi troli kpd sy..oleh sebab terlalu bengang dengan tindakannya itu, sy menolak dan segera terpaksa mengambil satu persatu barang dari bakul dan meletakkannya ke atas lantai berdekatan ibu sy..

sy percaya bahawa pihak sabasun menerapkan nilai2 islamik pada pekerjanya..

namun, perkara ini agak memalukan..harap pihak anda mengambil tindakan sewajarnya. terima kasih.

Tuesday, 06 August 2013

PELANGGAN SETIA: TERUSKAN PERJUANGAN

TERUSKAN PERJUANGAN MENDAULATKAN EKONOMI ISLAM.

Monday, 15 October 2012

Pengurusan Sabasun: Re: Noor Aiman

Datang ke jabatan dagangan Sabasun Bukit Kecil dengan membawa sampel produk

Saturday, 11 August 2012

Engr. NOOR AIMAN: JUALAN KEREPEK DARI SABAK BERNAM

Salam tuan pengurus, macamana nak letak kerepek di sabasun

Monday, 06 August 2012

pak cik loh: tahniah

salam...saya mewakili ayah saya untuk hantar email ini ke sabasun...dia mengucapkan terima kasih & tahniah di atas kesenangan untuk membeli barang keperluan kedai makan terutama di bahagian beras...ayah saya kabo selama ning agak susah untuk mencari & memilih beras di sabasun bandar kadang-kala harga ada & tak ada...tp ye gi malam ning tgk2 kawasan beras berubah doh senang nok cari & harga pun ada....moga di sabasun wakaf tembesu gini gok...tahniah staf pengurusan sabasun....ayah saya kirim salam ASSALAMUALAIKUM....

Sunday, 25 March 2012

vana: Idup Sabasun

Askm... sy kagum dhn Sabasun, hypermarket yg Islamic, brg muroh.... setahun sekali dok g mydin wlpn sblh sabasun je...itu tandanya sabasun the best!

Monday, 12 March 2012

pelanggan kesusahan: terima kasih pemuda sabasun

Assalamualaikum w.b.t..

Pulang dari sekolah t/hari tadi, bersama dengan anak berumur 5 tahun,saya singgah di sabasun wakaf tembesu untuk membeli sedikit keperluan.keluar dari sabasun,anak saya perasan yang tayar kereta saya bocor..saya menelefon suami yang masih di sekolahnya di setiu, tp tak berangkat.Dalam keadaan yang serba tidak kena itu,tiba-tiba terjengul seorang pemuda berpakaian sabasun lalu bertanya.."ada tayar spare tak?"..Ya Allah, Tuhan je tau betapa leganya hati ini..tanpa diminta,pemuda itu dengan pertolongan kwnnya yg juga pekerja sabasun,menukarkan tayar yang bocor itu..hanya Tuhan yg akan membalas jasa mereka.tahniah juga utk sabasun krn memiliki pekerja yang  sebaik itu..mgkin berkat didikan pihak sabasun sendiri..alhamdulillah..moga adik berdua mendapat isteri yg solehah dan ank2 yg soleh..amin...

Tuesday, 28 February 2012

Pengurus Kanan Dagangan: Re : harga ayam mengelirukan

Assalamualaikum,

 

Terima kasih kami ucapkan di atas kesudian En Hazlie berbelanja di premis kami. Kami juga ingin memohon kemaafan di atas kekeliruan En Hazlie dan kelemahan kakitangan kami menyampaikan maklumat yang tepat kepada En Hazlie.

 

Untuk pengetahuan En Hazlie, ayam yang kami jual pada harga RM 5.29 adalah ayam standard ( berkepala, berkaki dan mempunyai organ ) manakala ayam Super ( ayam bersih yang tidak berkepala ) dijual pada harga RM 6.29. Kebetulan pada masa tersebut, hanya stok ayam Super sahaja yang ada manakala stok ayam Standard ( harga RM 5.29 ) dijangka akan sampai pada jam 12 tengahari. Kekeliruan timbul bila En Hazlie diberitahu oleh kakitangan tersebut bahawa stok ayam berharga RM 5.29 ada pada jam 12 tengahari. Ia membawa maksud stok ayam RM 5.29 akan berada di outlet kami pada jam 12 tengahari dan bukannya ayam yang sama ( gred super ) dijual pada harga RM 5.29 selepas jam 12 tengahari.

 

Sekali lagi kami memohon maaf di atas kelemahan kakitangan kami menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas kepada pelanggan. Namun kami ingin menyarankan kepada semua pelanggan kami yang bermasalah seperti En Hazlie supaya membuat aduan secara terus ke kaunter aduan/ pertanyaan untuk penyelesaian masalah secara segera atau anda bolehlah berhubung dengan kami melalui :

 

013-905 9178 (Sabasun Bukit Kecil) atau

014-548 1722 (Sabasun Wakaf Tembesu).

 

Sekian harap maklum.

Saturday, 11 February 2012

En. Hazlie: Kekeliruan Harga Ayam Segar

Assalamualaikum,

Saya baru sahaja selesai membeli ayam di pasaraya tuan 1/2 jam yang lalu di Jalan Bukit Kecil. Cuma saya terkilan dengan harga ayam yang dipaparkan mengelirukan pengguna.

Saya telah mendapat tahu harga ayam di premis tuan adalah yang terendah iaitu RM5.29. Tapi malang dan rasa tertipu bagi pihak saya apabila selesai membeli 5 ekor ayam, harga yang dipaparkan adalah RM6.29.Perbezaan harga yang besar iaitu RM1/kilo.

Setelah bertanyakan kpd pekerja tuan, alasan ayam RM5.29 dijual selepas jam 12tghari sedangkan saya tidak melihat sebarang makluman pun yang ditampal oleh pihak tuan bagi memaklumkan harga jualan mengikut masa.

Kenapa perkara ini terjadi? Saya sentiasa berbelanja di mydin mall dan ini pertama kali saya beli secara borong di sabasun bagi menyokong 'orang kita'. Tapi saya rasa, saya ditipu.

Sekian.

Thursday, 09 February 2012

adeq: TAHNIAH

salam. tahniah buat pengurusan sabasun. kami sangat teruja dengan kesungguhan syarikat ini. moga dengan berkat sabar Allah akan memberkati perniagaan kalian. ameen.

Wednesday, 08 February 2012

Pengurusan Sabasun: RE: En Jadi

Terima kasih terhadap sokongan anda. Berkaitan cawangan di Kelantan, pihak kami memang bercita-cita ingin membuka cawangan di setiap negeri, tetapi adalah lebih baik jika kami tumpukan pada cawangan di Wakaf Tembesu beroperasi dengan lancar dan selesa dahulu sebelum kami membuka cawangan yang seterusnya.

Monday, 23 January 2012

Pengurusan Sabasun: RE: En Padil

Untuk pembelian barangan secara borong (khas kepada peruncit dan pekedai makan) anda bolehlah datang ke Sabasun untuk mendaftar sebagai ahli kelab Borong Sabasun. Anda bolehlah mendapatkan borang keahlian tersebut di Sabasun Bukit Kecil. Terima Kasih

Monday, 23 January 2012

tomoshi: harga barang?

maaf.... Embarassed

saya suka membeli di sabasun krna harganya murah dan layanan pun ok... tapi bleh x sabasun buat list harga barang dlm website sabasun untuk pelangan??? ini brtujuan kerana snang untuk  pelanggan check harga semasa barangan di sabasun.... Laughing

Sunday, 18 December 2011

jadi: hidup sabasun 100% islamik

salam..pertama kali jejak kaki ke sabasun,saya sgt teruja kerana tiada satupun pasaraya di Malaysia berimej islamik..hatta mydin sekalipun..tahniah buat sabasun..apakata perluaskan cawangan ke kelantan...sokong produk kita..lawan israel..tegakkan syiar islam..Cool

Thursday, 15 December 2011

padil: peruncit

salam. saya nak tanya.. ada tak pihak sabasun membekalkan produk2 sabasun kpd peruncit? sebab saya dapati sukar nak dapatkan produk2 muslim utk diletakkan di kedai runcit saya.

Tuesday, 13 December 2011

Pengurusan SABASUN: Re : angry birds

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Kepada cik muslihah, setakat ini kami tidak mempunyai sebarang maklumat yang menyatakan Angry Birds adalah barangan yahudi. Sekiranya saudari mempunyai maklumat berkenaan perkara tersebut, diharap dapat dikongsikan bersama untuk pengetahuan kami dan orang ramai.

Jazakallah.

Tuesday, 22 November 2011

muslihah: angry birds

assalamualaikum.kenapa jual barang angry bird?.barang-barang angry birds ialah barang yahudi.sedangkan anda boikot barang-barang yahudi.Smile
saya harap sabasun faham.

Monday, 21 November 2011

jee: puan

salam.

saya tinggal di selangor. kalau la ada sabasun kat selangor/kl...saya la yg akan soping situ tiap2 bulan...la ni soping kat mydin...dah situ pilihan termurah...kadang giant...tp mahal sikit...mydin brg dia ada yg kurang elok...tp nk buat cemana...kemampuan terhad....

mintak la bukak satu kat kl/selangor....

salam...

Thursday, 17 November 2011

Alang: Nak Tanya Keje

Salam.. saya ade terbaca kat iklan pasal nk cari keje am ngan jurujual ow... mcm dop caye je gaji byk gtu?? dulu sy keje bahagian spu trading RM350 je sebulan. paling tinggi gaji basic pekerja sabasun hok lain Rm600.

Saturday, 12 November 2011

Wan Zakaria: Kurma Buruk

Petang tadi (5/11/2011) saya beli kurma buruk sabasun Gong Badak, dah berkulat. Kenapalah tak tengok dulu kalu nak jual tu... Buleh tukar hok lain ke dok?

Saturday, 05 November 2011

Ann fiRSt FloOR SAbaSun: ASsalaMualaikum..

'''sabasun tetap di hatiku""

Wednesday, 02 November 2011

teratai hiliran print: Sabasun (Salman Baik Sungguh)

saya sokong sabasun dari mula mula buka.. pernah tolong angkat barang masa mula2 setting nak buka kedai... Sabasun The Great.....

Wednesday, 12 October 2011

ainun: nak tahu gaji basic bg pekerja sabasun

assalamualaikum....

sy nak tahu biasanya berapa gaji basic bg pekerja sabasun? kerja kat sabasun guna sistem shift ke? terima kasih

Sunday, 09 October 2011

orang tua2: hai customer melayu....

saya suka g sabasun tp kadng2 sakit ati gok dgn pe'el customer orang melayu ni. suka kenjoh barang2. lepas kenjoh 2 simpanlah semula brg 2 mcm smula. kalu ambik brg2 ade jatuh angkatlah semula bukan org lain buat jatuh kan...cian saya tgk pekerje nak kna simpan smula. memg tugas dia, tp RESPECT lah sikit org lain.

HIDUP SABASUN Smile

Friday, 07 October 2011

Pengurusan Sabasun: Re:JJ

Kepada JJ, sila berhubung dengan Jabatan Sumber Manusia Sabasun, atau hubungi 09-6203920 /24/ 25 untuk keterangan lanjut

Thursday, 08 September 2011

JJ: Nak kerja shift malam je boleh tak?

Assalamualaikum wbt..

 

Saya nak tanya, kalo saye nak kerja kat sabasun shift malam je boleh? boleh la..boleh la..huk3

Thursday, 08 September 2011

Bahagian Dagangan: MR.

Makluman kepad semua Pengusaha dan Pembekal, pihak kami bersedia menerima kemasukkan produk baru yang berpotensi untuk jualan di premis kami. Apa yang perlu anda lakukan adalah, datang sendiri ke pejabat bahagian Dagangan dengan membawa contoh barang yang ingin dipasarkan dan disertakan dengan borang kemasukkan produk baru (boleh didapati percuma di pejabat bahagian Dagangan). kelulusan akan dibuat dalam masa 2 minggu (bergantung kepada keperluan sesuatu produk). untuk keterangan lanjut, bolehlah berhubung dengan bahagian Dagangan kami. Terima kasih.

Wednesday, 07 September 2011

wan: jual produk

assalamualaikum w.b.t... selamat berjuang utk ekonomi islam buat sabasun.. di sini saya nak bertanya ,sekiranya saya ingin memasarkan produk saya di sabasun,pihak mana harus saya hubungi?(utk pengetahuan produk tersebut berupa hasil buatan tangan-key chain,aksesori hp..etc) terima kasih.. moga sabasun terus maju ke depan dgn rahmat allah..

Wednesday, 07 September 2011

Mamat: Buka Kedai

Aritu ambe ada tgk kt sabasun bukit kecil, sabasun buka esok pukul 3...kalo x saloh ambe lah...Laughing

Thursday, 01 September 2011

pn maizatul: sabasun buke dok rya ke3

assalamualaikum...

ambe nak tanya sabasun buke dok hari ni..

mula buke jam berapa?
nak gi beli..ni...:)

Thursday, 01 September 2011

zaki: Raya

Selamat Hari Raya 'Idul Fitri kepada semua warga Sabasun Hyper Runcit! Laughing

Monday, 29 August 2011

thalaha b.kassim: buka cawagan baru

saya tinggal di kawasan bt.payong , saya harap pihak sabasun buka cawangan dikawasan bt.payong,terima kasih

Saturday, 27 August 2011

dzirah: Assalamualaikum

sabasun ni sy nampak ke arah islamik cikit..baju pon tutup aurat..senang hati saya tengok..tapi lam tandas saya pergi baru2 ini,tiada tisu..bukankah islam menuntut kita supaya menjaga kebersihan?

Tuesday, 16 August 2011

mustafa: assalamualaikum

saya nak bagi cadangan...saya rasa elok pihak pengurusan sabasun buka satu lagi cawangan dikemaman..kerana kat kemaman nih ramai orang kaya2 dan mereka memang mencari2 hipermarket yang memboikot barangan yahudi nih..bukan sahaja orang kaya..orang miskin pun akan turut sama pergi membeli..saya rasa memang patut dah sabasun buka satu lagi cawangan di kemaman,,,,,

Tuesday, 16 August 2011

nasruha: Assalamualaikum

Saya ingin megetahuai macam mana human resourse management Sabasun ni sekarang...compensation,recruitement, and pengambilan kerja di sabasun sendiri.

Saturday, 13 August 2011

Pengurusan Sabasun: Re : Puan Haida & Encik Kuzmi

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung laman web ini.

Terima kasih di atas makluman dan komen dari Puan Haida. Pihak kami memohon maaf atas kekurangan yang berlaku semasa kunjungan Puan Haida tempoh hari. Pihak kami sedia maklum beberapa barangan utama kekurangan stok di awal Ramadhan kerana masalah bekalan dari pembekal. Walau bagaimanapun, perkara tersebut telah dapat diatasi pada hari berikutnya di mana semua stok utama barangan telah sampai kepada kami. Insya Allah, kami akan pastikan stok kami sentiasa mencukupi permintaan pelanggan. Bagi pembelian yang melibatkan kuantiti yang besar (borong), pelanggan boleh berhubung dengan staf kami di Kaunter Borong. Bahagian Khidmat Pelanggan kami akan membantu anda mendapatkan barangan yang diperlukan.

 

Berkenaan promoter susu tepung yang berkelakuan kurang menyenangkan, pihak kami telah menasihati promoter tersebut supaya mengikut S.O.P yang telah digariskan dalam menjalankan kerja harian. Kotak yang kosong mahupun berisi, seharusnya tidak boleh menghalang laluan pelanggan dan semua pekerja diwajibkan menghormati pelanggan setiap masa. Kami memohon maaf di atas insiden yang tidak sepatutnya berlaku itu.

 

Kepada Encik Kuzmi, pihak kami sentiasa memantau kualiti barangan kami terutamanya di bahagian barangan segar (termasuk sayur dan buah). Stok barangan di bahagian ini dibeli setiap hari dan pihak pembekal IKS (Industri Kecil Sederhana) seperti cendawan, cili, tempe dan sebagainya akan memantau stok mereka setiap hari. Stok yang rosak akan digantikan dengan stok baru pada setiap pagi. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak menolak kemungkinan faktor kecuaian semasa menyemak kualiti barangan menyebabkan cendawan yang tidak segar dipamerkan di atas rak.

 

Pandangan dan komen yang dihantar oleh pihak tuan/puan akan kami kongsi bersama kakitangan kami. Insya Allah ia boleh dijadikan panduan dan maklumat yang berguna buat kakitangan kami. Dengan sokongan dari pihak tuan/puan, semoga Sabasun HyperRuncit akan lebih berdaya saing dan mampu memberikan khidmat yang terbaik buat semua pelanggan.

Terima kasih kerana memilih kami sebagai destinasi membeli belah anda.

Saturday, 13 August 2011

kuzmi: cendawan oh cendawan

ni nok cite skit pasal cendawan @ kulat. ari tu saya ada belilah sebungkus cendawan yg ada kat bhgn sjukbeku tu. napok molek tapi bila wak balik umoh nok masak tengok-tengok ddene berair macam basi jer. pah tu dok masok ah. sampai ari nih pun masih ada lagi dlam peti sejuk wak kenangan-kenangan. harap hok pengurusan bhgn sejukbeku tu hati-hati ah sikit

Tuesday, 09 August 2011

norma: selamat berpuasa

Selamat berpuasa diucapkan kepada En Salmi dan En Salman sekeluarga. Semoga dimurahkan rezeki.

Wednesday, 03 August 2011

puan haida: hmm..

assalamualaikumm, salam ramadhan..

hari pertama puasa, ada la saya gi beli brg skit. tp kebanyakan brg takdok. sunquick oren besor takdok, ribena ori besor takdok. ada la dua tiga jenis brg lg yg takdok stok. saya rasa, sabasun kna la oder brg lbh skit, saya kalau ikutkn, malas nok perabis duit saya di giant, tp ble sabasun byk brg yg takdok, tpksa la saya gi jugok.

kedua, saya ada la nk bli milo 2carton. mtk dgn sorang kakitangan lelaki, pah sudoh xwat mari milo saya nk. kalu takdok, kbo la, kalu malas nk g ambk pun, kbo. xla saya ttgu2.

ketiga, saya harap kakitangan2 sabasun ni, biar la aktif2 skit. kalau mtk ambik brg, mung tgk aku, aku tgk mung. tp kalau duduk becakap 2,3 org, laju je mulut tu.

keempat, promoter susu d.lady, susun brg dia, kan ada la kotok2 kat tepi rak dia, doh troli saya besor, bile saya terlanggar skit, terus dia mcm jeling dan tarik muncung pd saya. kalau saya salah, saya mtk maaf, tp rasa2nya, kotok dia yg byk sgt.

semoga sabasun dapat melatih kakitangan dgn lebih baik. dan buke cwgn lg. assalamualaikum..

 

Wednesday, 03 August 2011

mohd nor: Penggunaan tablet PC

Dengan perkembangan terkini teknologi IT, saya rasa penggunaan tablet PC seperti Ipad, Samsung Galaxy Tab atau yg sejenis dengannya boleh digunakan dalam kerja-kerja scan produk..

Kebaikan:

-Pekerja tidak perlu berlari2 ke scanning station lagi utk mengetahui harga sesuatu barang..

-Masa dpt dijimatkan lebih cepat. Produktiviti pun bertambah.

Monday, 01 August 2011

ZAI: JURUWANG OH JURUWANG

SALAM

SETUJU DGN CG MALA, KNP LA JURUWANG2 SABASUN SUKA BERSEMBANG DGN RAKAN SEBELAH. SAYA PERNAH DGR ADA YG BERCERITA PASAL MERAJUK DGN BOIFREN. BOIFREN LEPAS WAKTU KERJA LA. HARAP AMBIL TINDAKAN SKIT. MUKA KNA SENYUM SKIT. NI 'CHHATUNG' JE..

Thursday, 28 July 2011

Pengurusan SABASUN: Re : cg mala

Salam...terima kasih kepada cg mala kerana memilih untuk berbelanja di premis kami.

Pihak kami memohon kemaafan di atas insiden yang tidak sepatutnya berlaku itu. Pihak kami memohon agar cg mala mengemukakan resit tersebut kepada pihak kami di kaunter aduan/hadiah.

Pihak kami akan memantau secara lebih dekat lagi operasi juruwang kami supaya kejadian yang berlaku kepada cg mala tidak akan berulang lagi di masa yang akan datang.

Kami sekali lagi memohon maaf di atas kecuaian pekerja kami.

Saturday, 16 July 2011

cg mala: tersalah scan...

Salam.. pada 26.06.11 jam 16:10 sy telah membuat bayaran d kaunter.. Resit bernombor 25193/T078143/T078 dan masih sy simpan.. Bila sampai umah sy semak semula resit tersebut.. Sy nk komen skit pasal cashier tersilap scan kuantiti brg.. Sy beli brg berkod no 23088993 iaitu bilis mayang.. saya beli satu unit tp cashier tsebut telah scan sebyk 3 unit.. satu unit (80g) berharga RM2.75, akibatnya sy terpaksa membayar RM8.25.. Ini tak mustahil berlaku.. dahlah muka masam, setiap kali lps scan brg dia duk bersembang dgn rakan sebelah.. setiap bulan sy berbelanja brg2 dapur d sabasun.. bila perkara ni terjadi rasa kureng skit semangat nk beli belah kat sabasun.. hrp pihak pengurusan ambil cakna perkara2 terpencil mcm ni... terima kasih..

Thursday, 30 June 2011

Boboiboy: Sabasun

Sabasun = pilihan terBAIK.

Thursday, 30 June 2011

Noor Azzyla Mohamed Amin: Berminat untuk menjadi sebahagian keluarga SABASUN

Assalamualaikum,

Saya tinggal di Kajang, Selangor.  Saya berminat untuk membuka HYPErUNCIT di kawasan kediaman saya.  Saya sekeluarga kagum dengan SABASUN dan amat berbesar hati sekiranya pihak SABASUN membenarkan saya membuka cawangan SABASUN di Kajang.

Boleh saya tahu sekiranya pihak SABASUN ada memberi peluang kepada sesiapa yang berminat.

Diharap permohonan saya ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, 22 June 2011

Ika Rastika: Cik

Salam,

 

Nak tahu bilakah waktu operasi SABASUN?

 

Terima kasih

Saturday, 28 May 2011

Pengurusan SABASUN: RE: ahmad said

Assalamu'alaikum, terima kasih di atas teguran saudara berkenaan lagu yang dimainkan di kedai kami. kami memohon maaf di atas kekhilafan kami. Untuk pengetahuan saudara, setiap lagu yang ingin diputarkan adalah ditapis terlebih dahulu. Seperti yang kami katakan tadi kekhilafan ini tidak disengajakan. Mungkin ada tangan-tangan yang secara tidak sengaja memasukkan lagu yang tidak sepatutnya diputarkan. InsyaAllah, di masa mendatang kami akan lebih berhati-hati dalam penyusunan dan pemilihan lagu. sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara atas kepekaan serta teguran dan sokongan saudara... 'berilah peringatan walaupun satu ayat'.

wassalam

Tuesday, 17 May 2011

ahmad said: assalamu'alaikum

saya nak komen sikit pasal pemasangan lagu di sabasun bukit kecil.. saya pun hairan gak.. ada jugak lagu yg tak sepatutnya diputarkan seperti lagu sheila majid dan lagu2 penyanyi perempuan yg lain.. jika pada masa tertentu memasang zikir,mengaji quran dan nasyid yg mengajak manusia bertakwa kpd Allah SWT.. dgn tiba2 lagu bertukar kpd artis2 perempuan yg menyanyi..artis yg buruk akhlaknya.. harap pihak pengurusan sabasun mengambil tindakan terhadap perkara ini..kerana kami sebagai pelanggan sentiasa memerhatikan..

semoga sabasun terus maju

Monday, 09 May 2011

hasliza: prihatin

assalamualaikum...sy nk cadangkn ke sbasun spya sdiakn hostel utk kmudahan pkeje2 jauh ke dkt pn dgn byr sewa xla mhl sapa rm50 sbln,sdia la hstel lbh murah byrn dr sdia ada.dorang bkn org sng nk byr umh swa mhl ngn gji plok xsberapa.hrp pihak sbsun tlg la dorng..Tq.SMOGA SBSUN TRUS MJU N DPT BKE BYK CAW LG!!!!

Sunday, 01 May 2011

Pengurusan: Re : ana

salam kepada saudari ana,

Untuk permohonan kerja, saudari perlu mengisi borang. Borang permohonan kerja boleh di dapati di Pejabat Sumber Manusia Sabasun sama ada di Bukit Kecil mahupun cawangan Wakaf Tembesu. Untuk permohonan, saudari perlu sertakan bersama borang tersebut sekeping gambar berukuran pasport dan salinan kad pengenalan. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi talian di bawah.

Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd (Bukit Kecil)
Telefon : 09-620 3920/3924/3925

Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd (Wakaf Tembesu)
Telefon : 09-666 1125/1126

Tuesday, 26 April 2011

ana: pekerjaan

assalamualaikum...

sy nak tanya..mcm mane nak tahu jawatan kosong yang ada kat sabasun...sy try cr dalam laman web ni x dop pun pasal jawatan kosong sabasun...

Thursday, 14 April 2011

khalifah di muka bumi: tahniah

terima kasih dan syabas kepada pihak sabasun kerana bersungguh dalam menjayakan hari tanpa beg plastik dengan menganjurkan cabutan bertuah bagi mereka yang membeli belah menggunakan beg yang dibawa dari rumah. ini menujukkan bahawa kesungguhan sabasun dalam menjalankan  kempen tersebut

Saturday, 09 April 2011

Engku Abdul Kadir: Sabasung Melaka

Assalamualaikum En.Salmi.

Saya sgt bangga dgn kemajuan Sabasun sejak dari mula Sabasun dibuka. Alhamdullillah Sabasun masih kekal walaupon dgn keujudan GIANT & MYDIN.

 

Salmi, bila pulok nok buka cawangang kat Melaka nii? Saya masih menungggu kehadiran anda............Mari lah survey kat Melaka & buka cawangang............nanti tak payoh nak balik KT selalu.

 

Wassalam.

Thursday, 24 February 2011

Pengurusan: re : wardina: sayang sabasun

Assalamualaikum,

Untuk makluman saudari & semua pelanggan. Peraduan bawa beg plastik sabasun untuk tukaran kupon berlangsung setiap hari, tidak tertakluk hanya pada hari sabtu sahaja. Namun ianya hanya dimulakan di cawangan Wakaf Tembesu. Sabasun Bukit Kecil akan menyusul kemudian (tarikh dan waktu akan kami maklumkan nanti).

 

Harap maklum.

Tuesday, 22 February 2011

wardina: sayang sabasun

SAYA WARDINA INGIN MENYAMPAIKAN SATU PERTANYAAN?

1.BAWA PLASTIK SENDIRI ASALKAN ADA LOGO SABASUN . SAYA NOK TANYA HARI BAWA PLASTIK TU HARI SABTU JE KE?Embarassed

SAYA HARAP SABASUN TERSEBAR DI SELURUH TERENGGANU.ITU SAJA PERTANYAAN SAYA. SEKIAN TERIMA KASIH.Smile

Monday, 21 February 2011

jasmin batu enam: pantun untuk sabasun

NAIK LORI PERGI KE DUSUN,

DALAM LORI ADA SARDIN,

MARI PAKAT PERGI SABASUN,

HARGA BERES SEPANJANG MUSIM.

 

ANDAI KATAK BOLEH BERCAKAP,

PASTI ANDA TERKEJUT BERUK,

BARANGAN SABASUN HAMPIR LENGKAP,

TAMBAHKANLAH PINGGAN DAN MANGKUK.

Saturday, 19 February 2011

hakim: Tambah barang

Assalamualaikum nok komen sikit pasal,baju muslimah ada dok hok baru segi wak murah macam 15 ringgit ke.Saya harap sabasun selalu maju.Smilehehehe jangan marah yeFoot in mouth

Tuesday, 15 February 2011

Pengurusan Sabasun: mohon maaf

Pihak Pengurusan Sabasun ingin memohon maaf di atas kejadian yang berlaku kepada encik/cik yang yang memberi komen. Pihak kami telah mengenalpasti pekerja berkenaan dan satu surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepadanya.

Pihak kami sentiasa memberi peringatan kepada semua kakitangan bahawa "Pelanggan adalah Bos no 1, mereka yang membayar gaji kita dan selayaknya mereka mendapat layanan Kelas Pertama / VVIP".

Walaubagaimanapun, dalam setandan pisang, tidak semua menjadi. Atas kelemahan dan kekurangan ini, pihak kami menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas keterlanjuran mulut kakitangan kami. Insya Allah, kami akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi.

Wallahu A'lam. Wassalam

Saturday, 29 January 2011

terase ati: terase ati

salam...

saye suke sgt g sabasun...tp ade skali tu sy nok g fotostat kt kedai buku kt luar sabasun...nok jd cite, sy tak napok budak pompuan jg kedai tu duk mop lantai...dia boleh perli sy....'DOK RETI BAHASE GUH!!!'....sy teramat la terase ati...sampai skg if sy tgk muke budak pompuan tu dlm kedai sy rela tak masuk kedai tu...kut ye pun sy salah...tak salah if tegur elok-elok kan...

Wednesday, 26 January 2011

khushairy: naga putih

salam kpada warga2 sabasun,sy ni mintak doh keje dkt sabasun,sy ni ske sangat keje dkt sabasun jdi smpai ble sy kne tngu sabasun panggil sy.........sy pon skrng bru hbis skolah,nk sambung blajar tpi duit x ckup nk byar yuran2 ni,jdi sy duk dkt bukit kecil je sbb dkt dgn sabasun jdi tuan n puan dpt lah ambik sy sbagai prkeje tuan,,,jasa baik tuan n puan amat di hargai.....

Sunday, 23 January 2011

Pengurusan Sabasun: balas komen 2

Kepada en. Anak Tokey bot, Pelanggan tetap dan en. Zaki,

 

Terima kasih di atas maklumbalas dari anda mengenai kakitangan kami. Pihak kami memandang serius setiap aduan dan pihak kami telah memanggil mereka yang telibat dan kaunseling telah diberikan. Insya Allah ia tidak akan berulang lagi di masa akan datang.

 

Untuk isu scanner yang kerap tidak berfungsi dengan baik, pihak kami telah sedia maklum dan satu sistem baru sedang di bangunkan untuk menaiktaraf sistem teknologi maklumat kami. Sistem tersebut akan memberikan kemudahan pelanggan menyemak harga barang, melicinkan perjalanan membeli-belah pelanggan dan untuk tujuan analisa. Sistem ini dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada April 2011 nanti.

 

Terima kasih dan Harap maklum.

Saturday, 15 January 2011

Pengurusan Sabasun: balas komen

Assalamualaikum diucapkan kepada semua pengunjung laman web kami, terima kasih di atas maklum balas yang sangat membina untuk kami jadikan panduan dalam menempuh hari yang mendatang.

 

Merujuk kepada komen En Sabar soon mengenai kaunter 8 barang atau kaunter Ekspress. Tujuan utama pihak kami mengadakan kaunter ekspress atau kaunter 8 barang adalah untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan kami yang perlu membeli belah dalam kuantiti yang sedikit dan perlu cepat. Kuantiti sedikit yang telah kami sepakati bersama adalah sebanyak 8 unit barangan ke bawah. Ia telah diterima baik oleh hampir keseluruhan pelanggan kami yang benar-benar memerlukan khidmat tersebut sejak ia di mulakan 9 tahun yang lalu. Dari 18 kaunter yang beroperasi, pihak kami hanya menetapkan 2 kaunter SAHAJA yang beroperasi untuk 8 unit barangan ke bawah dan selebihnya untuk pembelian umum.

 

Pihak kami sentiasa menerima aduan dari mereka yang membeli lebih dari had dan mereka yang patuh pada had. Antara ke duanya, komen dan aduan paling banyak diterima dari mereka yang menjadi mangsa pelanggan yang membeli barangan lebih dari had. Kebanyakkan aduan adalah berkenaan dengan pelanggan yang tidak mematuhi peraturan menyebabkan pengadu terlewat dan lambat.

 

Diharapkan anda semua dapat memberikan kerjasama untuk melicinkan operasi kami secara keseluruhan.

Saturday, 15 January 2011

asri: supply barang hi-goat di dalam sabasun

salam...sya asri dr terengganu sya ingin mempromosikan produk hi-goat
saya mahu supply susu kambing,produk ini berkesan untuk semua penyakit terutama kencing manis
harga sya tawarkan memang puas ati:

harga bisa :RM36.60
harga ahli :RM29.90
harga saya :RM27.00

kalu pihak syarikat sabasun trg mengambil 5 carton ke atas dalam masa sebulan saya boleh bagi harga:

RM25.00 SEKOTAK

kerjasama pihak syarikat sabasun trg di alu-alukan dan di hargai

kalu mahukannya sila call

fairuz : 0129637350 atau

asri    : 0145372196

Saturday, 08 January 2011

zaki: السلام عليكم

saya nok komen sket la berkenaan pengurusan di sabasun...mareng saya g sabasun 2..mase tu orang mmg tgh ramai...dekat kaunter mmg bersusun la orang beratur...harap dapat atasi masalah ni...mungkin perlu tambah kaunter...

lagi satu..masa saya tgh beratur tu,ada sorang staf yg berbadan besar la jgk tgh marah2 cashier..kalau orang atasan nk marah anak buah pn harap biar bertempat la...jgn marah depan orang ramai gitu...orang bawahan ada maruah jugak...harap komen saya ni dapat membantu dalam membangunkan sabasun...jazarakallah

Saturday, 08 January 2011

sabar soon: kaunter 8 barangan sahaja

komen sikit kaunter 8 barangan jangan ikut LAW sangat, barangan lebih 1,2,atau 3,dah tak nak kira....anda tu berniaga bukannya penguatkuasa...juruwang jangan malas sangat...nak kira...ada pelanggan yang kecil hati dengan sikap sebegini...kalau kat gaint barang lebih sikit masih kira..kerana mereka nak jual barang. harap pihak pengurusan pandang serius hal ni....Laughing

Sunday, 02 January 2011

pelangan tetap..: aduan cikit..

SALAM..SY SELALU GEH KAT SABASUN MEMBELI. SABASUN PALING OK DAN SY PERCAYA BARANG YANG DIJUAL KAT SABASUN ADALAH YANG TERBAIK.KADANG2 SETIAP HARI SAYA DATANG KAT SABASUN..MASALAH SABASUN CIKIT JE..

1. pekerja bahagian susun barang suke bercakap, xpeka dgn masalah pelanggan. pelanggan nak tanye pn susah kdg2.

2. telur ngan ikan buruk pun masih jual ke?

3. juruwang ok..bgus..

4. ada barang yang telah tamat tempoh tp masih dijual

5. semua ok pekerja sabasun..cikit je xok. tp yg x ok ni mencacatkan nama sabasun..

Monday, 20 December 2010

anok tokey bot: aduan

assalamualaikum..

semalam 11/12/2010 gi beli brg2 dapur sikit, nk ngadu sikit la. lalu dekat kawasan kopi2 tu, kan kawasan tu sempit sikit, ada la 2 org pekerja sabasun; sorg lelaki dan sorg perempuan duk sembang2, yang perempuan napok mcm susun kopi indo-cafe, tp yang lelaki tu duk menyandor sambil peluk tubuh je, nk mengorat pun, tunggu lepas waktu kerja la. harap muka je lawo, perangai dok lawo(mtk maaf ye)

satu lg nk mitok pihak sabasun tolong buat sesuatu mengenai scanner harga, asyik rosok je.. brg2 bykk yg xdok harga, scanner pulok rosok. harapan saya semoga sabasun bertambah maju dan bertambah lg cawangannya nanti. salam

Sunday, 12 December 2010

muslihah: maju sokmo

saya pelanggan tetap sabasun mendoakan agar sabasun bertambah pelanggan dan sentiasa maju sokmo.

Saturday, 04 December 2010

brutal11: tambahkan lagi cawangan

assalamualaikum...ucapan tahniah dan syabas daulu saya ucapkan atas kesungguhan pihak anda...satu saja persoalan saya..kenapa tidak SABASUN menambahkan lagi cawangan hingga serata tempat di malaysia?

Sunday, 28 November 2010

tjboyz: tahniah

syabas & tahniah atas pembukaan sabasun wakaf tembesu. ok le sikit tak perlu jem atas jambatan bila time gaji. tapi nak mintak lebihkan pilihan sebab ada beberapa brg yang kurang popular tak nampak. apa pun sabasun baru ni lebih selesa dari kat bandar tapi kalau nak cari barang aku lebih gemar ke sabasun bandar, senang cari.

tahniah dan selamat datng ke kuala nerus.

Friday, 26 November 2010

zal: HAPPY GO LUCKY

SABASUNG GOK RILEKS G BELI..

MYDIN MALL BANYOK BRG..TAPI PEDIH MATER KELIH BUDOK2 PUANG LENING DUK PAKAK TUNJUK 'PRODUK HARAM' KAT TUBUH ..G SABASUNG KENE MOLEK JUPPE CINE PAKA PURDOH ADER.APEK2 PAKA SERBANG..HOK MUALLAF LAAAA...SEJUK ATI MASUK G BELI..

WAK MAJALAH SENARAI HARGE BRG LA BOHHH..BARU BIJJJOKKK..SmileSmile

Wednesday, 24 November 2010

ZAL: HAPPY GO LUCKY

MALAH NOK BRATUR MANJANG DI MYDIN MALL,SERABUUUKK..GIANT AMBE G JUGOK.G G GITU JELAH...TAPI SEDAP G SABASUN JUGOK LAH..PAKING MUDOH TERUH MASUK SABASUN..DOK BOLOK DOH WEIH..AWEK COMEL2..NAPOK JURUH BELAKER..PANDA SABASUN AMIK ORANG KIJER..PAKAIANG SOPANG..

KENE WAK BUKU GE MAJALAH SENARAI REGE BRG..BARU BIJJOK BOHHHH..SmileSmileSmile

Wednesday, 24 November 2010

Pengurusan Sabasun: Aduan Tulips

Kepada Tulips yang membuat aduan, pihak kami memandang serius terhadap perkara ini.  Pihak kami berjanji akan membuat siasatan segera dan mengambil langkah yanng perlu.  Pihak kami menyusun jari memohon maaf di atas kejadian tersebut.

Tuesday, 23 November 2010

Mok Siti: Pelanggan Tetap

Sabasun sentiasa di hati rakyat Terengganu.  Walaupun kerajaan negeri terengganu dok bubuh nama sabasun di papan-papan tanda di Negeri Terengganu (Nama mydin dgn giant ada) Sabasun tetap dikunjungi.  Kerajaan memang suka menyusukan anak kera di hutan, .....   Apapun tahniah Sabasun.

Tuesday, 23 November 2010

siti: buka cawangan lagi

salam.1st of all nk ucap congrats ke sabasun n all the workers.

Congrats again coz dpt buka cawangan baru.Moga lebih byk lagi cawangan sabasun dpt dibuka.

Saya klu bleh nk mintak pihak sabasun survey area kemaman.Sangat2 berharap agar sabasun dpt buka cawangannya di situ kerana kedai2 bekalan runcit terlalu naif dan tidak sebest sabasun.

"Hidup Sabasun" 

I Like to shop at SABASUN!!

 

 

Sunday, 21 November 2010

pok leh: xdok barang

pok nok adu ni, bkpe lening xdok barang ke di sabasun?beras xdok pilihan.. sayur dok segor belake.. barang2 harga xdok.. scanner dok paka.. cubala beki perkhidmatan..

Sunday, 21 November 2010

tulips: aduan

salam..

buat pertama kalinya saya rasa sungguh tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja sabasun. saya telah membeli minuman dikafe sabasun kuala terengganu. bagaimanapun, permintaan saya untuk mendapatkan minuman seperti yang dikehendaki tidak dilayan dengan baik malah dibalas dengan senyuman sinis oleh pekerja tersebut. kejadian ini telah berlaku pada 14/11/2010 jam 6.00 petang. setelah saya beredar dari situ dilihat beberapa pekerja lain turut berbisik sambil melemparkan pandangan sinis terhadap saya. perkataan yang baik dengan nada suara yang rendah mungkin dianggap main-main oleh mereka. bukankah sepatutnya pekerja tersebut memegang prinsip "customer is always right". saya rasa permintaan saya tidak melanggar sebarang etika pekerja dan apa yang saya minta semua ada didepan mata. harap pihak pengurusan sabasun mengambil perhatian terhadap perkara ini.

Monday, 15 November 2010

ha koliba: alhamdulillah

SEMOGA TAHUN HADAPAN LEBIH BYK CAWANGAN DIBUKA..DAN LEBIH BYK PELUANG PEKERJAAN DIBERI..

Wednesday, 10 November 2010

Pengurusan Sabasun: Part-timer

Assalamualaikum,

Merujuk kepada student U yang berminat untuk mengisi masa lapang dengan kerja part time ketika semester break, anda bolehlah berhubung dengan bahagian Sumber Manusia kami samada si Sabasun Bukit Kecil (S1) ditalian 09-6203925 atau di Sabasun Wakaf Tembesu ( S2) di talian 09-6661125. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah dipanjangkan ke talian tersebut.

Harap maklum.

Tuesday, 09 November 2010

AJK Pertandingan: Pertandingan Gambar Lucu

kepada thecreator :

* Gambar yang dihantar hendaklah gambar asli yang diambil dari kamera persendirian bersaiz 4R / 3R.

* Gambar yang dihantar tidak boleh mengandungi unsur-unsur perkauman,lucah atau menyentuh sensiviti agama

* Gambar yang diambil dari laman web, majalah, atau mana-mana media cetak atau elektronik adalah tidak dibenarkan.

* Gambar yang diubah menggunakan sebarang perisian tidak akan diterima.

Monday, 08 November 2010

Pengurus Kanan Dagangan: Re : Pelanggan setia

Assalamualaikum,

Kepada Pelanggan setia, anda bolehlah berhubung dengan Bahagian Sumber Manusia kami di talian 09-6203925 untuk keterangan lanjut .

 

Wassalam

Monday, 08 November 2010

pelanggan setia: stdnt...

salam..thniah d ats pmbukaan cwgn bru sbsun..sy prnh mnmba pglmn d sbsun hmpir 5 bulan..sye doakan sbsun trs mju n mmbri kepuasan sepenuhnya kpd pelanggan...

* mcmmne nk apply tuk krj partime??cuti smester 6t sy cdg nk krje partime d sbsn..hrp blh bg komen...

sabasaun the best!!!

Saturday, 06 November 2010

mohd nor: Penjenamaan Semula (Rebranding)

pertama2nya saya ingin mengucapkan syabas kpd pihak Sabasun kerana telah berjaya memperkembangkan lagi asetnya dengan pembukaan cawangan barunya di Wakaf Tembesu..mungkin pihak pengurusan telah menyahut saranan saya agaknya(rujuk komen saya sebelum2 ini).. 

akan tetapi,saya merasakan bahawa Sabasun ini masih kekurangan sesuatu dalam memperhebatkan lagi namanya. jika kita amati,Sabasun mungkin hanya terkenal pada warga sekitar Kuala Terengganu/Marang sahaja.. dan di tempat2 lain mungkin ramai yg masih terpinga2 dengan sebutan Sabasun.. Justeru sudah tiba masanya pihak pengurusan mengambil langkah2 bijak dan memikirkan idea2 bernas bagi memantapkan lagi nama Sabasun.. Penjenamaan semula (rebranding) Sabasun mesti diteliti.. sila kaji bagaimana hypermarket2 lain begitu gah skali namanya, contohnya Tesco, Giant, Carrefour.. sedikit saranan daripada saya sebagaimana berikut:

- laman web Sabasun : masih dilihat tidak profesional, justeru, perlu idea2 baru utk appear lebih 'international'..

- layout bangunan berserta color scheme : kurang menarik.. perlu sit down bersama pihak arkitek utk tampak lebih gah seperti Tesco mungkin?(Arkitek Embong, antara yg saya kenal kerana design beliau yg tak kurang hebatnya)

 

Thursday, 04 November 2010

Hus, Wan: Tahniah

Salam Mie & Has, tahniah diatas kejayaan anda. Insyaalah satu hari kami akan ke sana.

Tuesday, 02 November 2010

thecreator: pertanyaan

peraduan gambar lucu di cawangan sabasun......details gambar tu macammane dari segi saiz gambar?  dan gambar yang lucu nak yang ori ambil camera personel @ boleh cedok mana2 mana gambar?......

Monday, 01 November 2010

telukpasu.com: tahniah

tahniah atas kejayaan sabasun..moga sabasun dpt kmbangkan lg cawangan di seluruh malaysia..kembangkan pasaraya muslim...takbir

Wednesday, 27 October 2010

thecreator: konfius

bila saya nak berbelanja...........saya kene pilih sabasun 1 ke....@ sabasun 2...........di sini cantik di sana menawan.....

Sunday, 24 October 2010

thecreator: tahniah..

salam....syabas sabasun dgn pembukaan cawangan ke-2,...ramai gi makan free baru ning......saya doakan panjang umur warga sabasun......tak nak buat mini konsert dgn tok ghani lg ke..... buat kat sabasun wakat tembesu

Sunday, 24 October 2010

wan: tahniah pembukaan pasaraya baru..

Assalamualaikum...

Bila pulok nak buka cawangan kt Pahang terutama kuantan?kt kuantan ni byk sgt pasaraya cina..tlg lah masuk kuantan untuk keperluan kami di sini...kami support pasaraya muslim..

Monday, 18 October 2010

Pengurusan Sabasun: Re : En. Zaki

Jalan keluar masuk mengelirukan...... pihak kami telah memandang serius perkara ini.... penyelesaian akan diambil dengan membuat 1 jalan masuk alternative terus ke tempat parking tanpa melalui depan kedai. Mungkin lorong itu akan dibuat atas reserve jalan di tanah sebelah parking sabasun. Walaubagaimana-pun buat masa sekarang, pihak kami telah membuat lencongan keluar melalui hadapan bangunan Sabasun2. laluan keluar dan masuk tidak lagi selari. Diharap dengan perubahan sementara ini dapat menyelesaikan masalah kekeliruan dan pertembungan di Sabasun2. Mohon maaf dan harap maklum.

Sunday, 17 October 2010

zaki: keliru

saya keliru dengan laluan keluar masuk di sabasun wakaf tembesu...dan saya yakin ramai pemandu lain turut terkeliru...biasanya dekat mana2 tempat pun,laluan masuk di sebelah kiri (dari jalan raya) dan laluan keluar di sebelah kanan...sama seperti laluan di jalan raya...tapi laluan keluar sabasun wakaf tembesu berlawanan...mungkin pihak sabasun perlukan alternatif lain bagi mengelakkan kekeliruan ni berterusan...walaupun perkara ini nampak remeh,tapi tak mustahil ia boleh menyebabkan kemalangan...harap komen saya membantu dalam membangunkan sabasun...Smile

jazakallah..

Friday, 15 October 2010

azrul: dari sabasun dua CSF

assalamualaikum...w.b.t?

hai kepada pelangan sabasun belilah barangan di sabasun murah n jimat

Monday, 11 October 2010

karim kassim: hj

Tahniah atas pembukaan cawangan baru.... cuma nak tanya bila sabasun nak buka cawangan di kuala berang pulak ?

Saturday, 09 October 2010

mr K: salam

setelah lama x pulang ke KT,kali ni tgk sabasun dah berubah...bertambah maju...ada cawangan pula...tahniah diucapkan...Laughing

Saturday, 09 October 2010

cik ma: assalamualaikum...

aduhai sabasun...

knp troli yg x brp molek masih lg digunakan??????

kasihan kt pelanggan trpksa brsusah payah mengawal pemanduan troli trsebut...huhuhuhuhuhuhuhu...

se agi,hrga kt brg x brp ade jer...dhlah scanner hrge x brp ok....

hrp pengurusan sabasun amek inisiatif psl komen nih..

pe2 pown moga sabasun terus maju jaya...............

 

 

Tuesday, 21 September 2010

belacan: cawangan dikemaman

Salam, pertama sekali selamat hari raya dan tahniah atas kejayaan Sabasun...sy rasa puashati dgn produk, harga n parking yg disediakn..

Tp alangkah bagusnya kalau Sabasun dpt meluaskan pasaran hingga ke kemaman...sbb di kemaman majoriti kedai2 hyperruncit adalah milik bukan Islam.....dan harganya agak mahal....HMS-harga muroh sokmo

Friday, 17 September 2010

AFRSLAN: AMBE

SABASUN HEHEHEHEHE I LIKE THAT

Sunday, 12 September 2010

asrie: hai

Smiletahniah!!!kpd sabasun kerana berjaya membuka satu lg cawangan...moga sabasun smakin maju..

Tuesday, 07 September 2010

Pengurus Kanan Dagangan: RE : Hj Asri

Assalamualaikum kepada Hj. Asri.

Terima kasih kerana menjadikan SABASUN destinasi membeli-belah anda. Mengenai kaunter yang banyak tetapi banyak yang  tidak dibuka  disebabkan masalah kekurangan pekerja. Untuk pengetahuan semua pengunjung, pihak kami telah menambah bilangan pekerja baru seramai 60 orang namun cabaran bagi kami untuk melatih mereka dalam jangkamasa yang singkat bagi menghadapi bulan puasa. Namun perkara ini telah kami atasi bila masuk minggu kedua Ramadhan dengan menambah skuad khas dari kalangan pengurusan dan kerja lebih masa dari juruwang. semoga selepas ini tiada lagi kaunter yang tidak dibuka.

Mengenai kaunter air, pihak kami telah memaklumkan kepada petugas kaunter air supaya lebih bersopan terutama ketika bulan puasa ini. kebanyakkan dari pekerja yang bertugas adalah pekerja dari F&N Beverages yang dibawah pemantauan pihak F&N. Walaubagaimana pun, pihak kami akan mengambil perhatian diatas perkara ini. Terima kasih di atas maklumat dari tuan.

harap maklum

Saturday, 04 September 2010

hj Asri: smbung teguran

pasal kaunter luar yaitu tempat orang beli air botol, kenape diletakkan wanita ditempat yg boleh dikata kan berat lah jugok dengan cuaca panas jugok dok cergas, muka pun takdok senyum doh pulok tu org laki hok tukang wi air pulok dekat je ngan wanita tu n bergura senda ( dok manis langsung) hambe bukannye anti wanita cuma rasa dok sabboh lasung ngan tempat tu.apa2 pun tu cuma komen n cadangan hambe. sabasun tetap di hati hambe
wassalam

Friday, 03 September 2010

hj Asri: nok tegur sket!!!!

salam n tahniah pd sabasun kerna berjaya membuka caw baru.hambe rase kembang idung tgk org melayu islam kite berjaya. walau macam mana pun hambe nok gok wi sket teguran buat sabasun mengenai kaunter bayor di dalam n di luar kedai lama (caw hambe dok gi lg) masuk tahun ni doh 4 tahun hambe setia beli kat sabasun. di bulan pose ni hambe mari sabasun 3 kali doh. jenuh hambe nunggu mase nok bayor, tp hambe dok kisoh pun sbb kaunter lain pun gitu gok (kali pertama), kali kedua n ketiga hambe hangin gok tahu sbb ape. kali pertama tak dok kaunter baru lg tp kali kedua n ketiga ader doh tapi tetap lmbt sbb kaunter tamboh tu sekadar hiasan, takdok org jage. sbb tu hambe hangin. sbasun dok cukup pekerja ke??????

Friday, 03 September 2010

nizam: Assalamualaikum

sudilah kiranya di bahagian galeri itu dikemaskini iaitu dengan meletakkan gambar cawangan baru sabasun.

terima kasih......

Friday, 20 August 2010

en.ary: assalamualaikum...

tahniah atas pembukaan cawangan baru.moga hsrat untuk boikot sepenuhnya barangan israel akan jd  kenyataan...ALLAH MAHA BESAR... 

Thursday, 19 August 2010

Hj Ghazali Rotidmas: tahniah dan Syabas

Ucapan tahniah dan syabas kepada Pengerusan dan semua kakitangan sabasun dengan pembukaan cawangan baru , moga ditambah keberkatan dibulan yang mulia ini . Selamat mengerjakan Ibadat Puasa.

Monday, 16 August 2010

anok-anok buoh pok: Kami rindui kelazatan ramadan di kedai kami

Bilakah kami akan merasai nikmat dan kelazatan ramadan di kedai kita ning....

Saturday, 14 August 2010

Pengurus Sumber Manusia: PERMOHONAN KERJA DI SABASUN HYPErRUNCIT

Assalamualaikum WarahmatuLLAHi Wabarakatuh,

Kepada Nasier & mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan di Sabasun bolehlah datang ke Pejabat Sumber Manusia, Tingkat 1, Sabasun di Jalan Bukit Kechil untuk mengisi borang.

Saudara/i bolehlah melampirkan sekali resume, gambar (ukuran passport) terbaru & salinan kad pengenalan.

Kami sentiasa mengalu-alukan mereka yang berminat. Kami bukan mencari pekerja tetapi mencari rakan/saudara yang sanggup merebut peluang untuk memajukan diri & berkongsi pengalaman, susah-senang dengan kami.

Sekian, wassalam.

 

Wednesday, 11 August 2010

nizam: salam

Assalamualaikum.... harap pihak sabasun mewarwarkan berkenaan dgn pembukaan cawangan baru di Gong Badak tu.......... kalau ada gambar boleh la diletakkan sekali....... diharapkan semoga sabasun terus sukses dan boleh buka cawangan di seluruh Malaysia suatu hari nanti Aminnn................ Sekian, terima kasih.

Monday, 09 August 2010

Nasier: Apply keje

Salam...ambe nok apply keje kat sabasun...

Wednesday, 28 July 2010

riey: السلام عليكم

tahniah, web in adalah penghubung antara Sabasun dan pelanggan

Monday, 26 July 2010

Aghani: Cawangan Dungun?

Salam.

Dengar cerita dah buka cawangan baru Gong Badak. Bila pulok kat Dungun ni. Kami pelanggan tetap mengharapkan Cawangan Dungun dibuka tahun depan. semoga sukses selalu. Jangan menghampakan kami. Harga muroh sokmo.

Monday, 26 July 2010

S.Adnan: keep it up!!!

congrats to sabasun...

the successful will always be yours...insyallah..

keep it up!!!Wink

Saturday, 24 July 2010

na: cadangan

maaf. sila nyatakan waktu opearsi di laman utama. tq

Friday, 23 July 2010

jonjonijonaden: mr

website baru utk kedai baru

Thursday, 22 July 2010

Pelanggan Setia: HIDUP SABASUN

Semuga semangat pun sentiasa baru sokmoSealed...Hidup SABASUN! Cool

Tuesday, 20 July 2010

baru: baru

wajah baru sempena cawangan baru ?

Monday, 19 July 2010

pelanggan setia: tahniah..

Salam.. Tahniah sabasun kerana laman web berwajah baru.. cantik dan kemas je laman web baru ni..  Xlama lagi dgr2 nye nk bercawangan baru pula ye?

Wednesday, 14 July 2010

thecreator: wow...

syabas....website berwajah baru tp yg lama ok jugak.....tetapi gambar kat galeri gambar yang lama rasanya ada yang staf yang sudah tiada saya memang selalu pergi sabasun itu yang terperasaan...tapi apapun syabas dengan website baru tahniah....

Tuesday, 13 July 2010

abang_beca: hai sabason

hai sabasun berwajah baru...molek sunggoh...

Tuesday, 13 July 2010

Subject *
Name *
E-mail
Content *
Image Verification *
COM_PHOCAGUESTBOOK_RECAPTCHA_ERROR_GET_API
https://www.google.com/recaptcha/admin/create
   
 

 

Display Num 
Powered by Phoca Guestbook


Copyright © 2010 Sabasun HyperRuncit Sdn. Bhd