FB Sabasun Official


FB Kami Sayang Sabasun


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini238
mod_vvisit_counterSemalam270
mod_vvisit_counterMinggu Ini1059
mod_vvisit_counterMinggu Lepas2399
mod_vvisit_counterBulan Ini10415
mod_vvisit_counterBulan Lepas8131
mod_vvisit_counterKeseluruhan2339449
Sejarah ringkas Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd.

Ditubuhkan pada 02hb April 1995 dengan nama Sabasun Sdn Bhd. Pada awal operasi hanya 8 orang pekerja yang bertugas dan terdiri dari ahli keluarga terdekat. Bermula dengan ruang jualan berkeluasan 3,000 kaki persegi dan 2 unit kaunter pembayaran, Sabasun bermula dengan modal pusingan sebanyak RM 300,000.00. Perniagaan ini diasaskan oleh  keluarga Haji. Che Ibrahim Haji. Abdul Kadir dan Hajah Saleha Mohammad sebagai Pengerusi dan anak anak  mereka, Che Salmi Haji. Che Ibrahim sebagai Pengarah Urusan dan Che Salman Haji. Che Ibrahim sebagai Pengarah Operasi. Dengan pengenalan konsep “Harga Muroh Sokmo” atau "Always Low Price", Sabasun mula dikenali sebagai kedai yang menjual barangan keperluan harian dan bulanan pada harga yang sangat murah malah tidak keterlaluan kalau dikatakan "PALING MURAH” di Pantai Timur Semenanjung Malaysia setiap waktu dan setiap masa operasinya. Dengan pengenalan konsep tersebut, nama Sabasun Sdn. Bhd, mula meniti dibibir masyarakat umum. Secara langsung, keperluan untuk memperbesarkan ruangan kedai dan menambahkan bilangan kaunter pembayaran dari 2 unit kepada 4 unit dan seterusnya kepada 8 unit terpaksa dilakukan.

Pada tahun 2000, Pihak Sabasun mula membeli tanah disebelah bangunan asal seluas 20 ribu kaki persegi. Pada tahun berikutnya, bangunan baru yang ada sekarang dibina dengan keluasan ruangan jualan keseluruhan menjadi 37 ribu kaki persegi. Pada tahun yang sama juga Sabasun didaftarkan menjadi Sabasun HyperRuncit Sendirian Berhad. HyperRuncit diambil dari 2 perkataan yang digabungkan iaitu ‘Hyper’ dan ‘Runcit’.(Kami menyediakan ruangan jualan dan pilihan barangan yang sama seperti konsep hypermarket  tetapi masih lagi mengekalkan sentuhan kedai ‘Runcit’ tempatan, dimana layanan dan pilihan jenis barangan adalah berdasarkan kepada permintaan dan keperluan masyarakat tempatan). Dengan pertambahan ruangan jualan tersebut, pihak kami turut menambah bilangan kaunter pembayaran menjadikannya sebanyak 23 unit kaunter keseluruhan dengan 180 orang pekerja bumiputera Melayu Islam tempatan dan 54 orang Promoter bertugas secara keseluruhan. Ruangan tempat letak kereta juga turut ditambah dengan menyewa dan menambun tanah paya di belakang bangunan sekarang yang dapat memuatkan sebanyak 150 hingga 200 buah kereta dalam satu-satu masa yang mewakili 60 % dari ruang tempat letak kereta keseluruhannya.Untuk kemudahan semua pelanggan, tanah tersebut telah di turap sepenuhnya dan turut ditempatkan sebuah surau dan tandas awam bagi kemudahan awam.

Pada tahun 2010, Sabasun telah menukar satu satunya gelanggang Futsal miliknya di Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu kepada Sabasun cawangan kedua yang telah dirasmikan pada 10/10/2010. keluasan ruang perniagaan dicawangan ke dua ini hanya 30 % dari ruang niaga premis Induk dan mempunyai 80 orang pekerja pada masa tersebut.  Waktu urusniaga, strategi harga dan pameran adalah sama seperti premis induk. Namun pada tahun berikutnya, oleh kerana permintaan yang semakin meningkat disebabkan peningkatan sokongan masyarakat tempatan, pihak kami terpaksa menambah ruang jualan di cawangan Wakaf Tembesu sebanyak 50% dari ruang asal. Pertambahan ruangan ini turut menjadikan keseluruhan pekerja di Sabasun sekarang berjumlah lebih 350 orang.

Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd turut mempunyai 3 anak syarikat yang berfungsi melengkapkan lagi kemudahan sedia ada.

1. SPU-Cafe, Kedai makan yang terletak diruangan hadapan bangunan yang menjual makanan pada harga yang berpatutan dan memberikan kemudahan kepada kakitangan dan pengunjung untuk makan dan minum
2. KIOSK yang terletak diruangan pintu keluar ke tempat letak kereta belakang menyediakan khidmat ‘ Photostate’, kad prabayar, faximili dan turut menjual majalah dan akhbar.
3. SIMAP atau Sabasun Internal Multimedia And Promotion yang berfungsi sebagai pengiklan apa jua promosi dan makluman dalaman. Dengan menempatkan 25 unit TV di kawasan strategik diruangan jualan dan 1 unit Skrin Besar di atas Bumbung bangunan, segala iklan dan makluman dapat disebarkan secara meluas.

Secara amnya, Sabasun masih lagi mengekalkan 100% tenaga kerja tempatan, menjadikannya satu-satunya Peruncit berskala besar yang tidak menggunakan pekerja asing dalam Malaysia. Turut dilengkapi dengan pilihan barangan makanan yang terbaik, halal dan pelbagai pilihan; ditambah pula, kemudahan asas seperti tempat letak kereta percuma, kemudahan surau dan tandas percuma menjadikannya sebagai pilihan utama membeli belah setiap kali hujung minggu.

 


Copyright © 2010 Sabasun HyperRuncit Sdn. Bhd