FB Sabasun Official


FB Kami Sayang Sabasun


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini250
mod_vvisit_counterSemalam270
mod_vvisit_counterMinggu Ini1071
mod_vvisit_counterMinggu Lepas2399
mod_vvisit_counterBulan Ini10427
mod_vvisit_counterBulan Lepas8131
mod_vvisit_counterKeseluruhan2339461
Barangan Halal

Pemakanan seseorang selalunya akan mempunyai kesan ke atas hati. Antara kesan makanan yang haram dan syubahat adalah hati menjadi keras. Hati yang keras ini selalunya tidak dapat membezakan yang baik dan buruk, yang betul dan yang salah, malah perkara-perkara yang mudah dan asas sekalipun seakan tidak dapat terfikirnya. Sesungguhnya mencari makanan yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam yang mengaku beriman. Dalam surah Al-Maidah ayat 88, Allah menegaskan bahawa makan dan minum adalah tanda keimanan seseorang. Ini bermaksud cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang.


Demi memenuhi tuntutan syara’ dalam bermuamalah (berjual beli), kreteria penting dalam menentukan sesuatu barangan itu layak dijual atau pun tidak, adalah status HALAL sesuatu barangan. Setiap barangan yang telah, sedang dan akan dijual MESTILAH mempunyai status HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Logo Halal sah yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah seperti gambar di bawah.

Walaubagaimana pun, bagi sesuatu barangan yang kami ragui status Halalnya, pihak kami akan merujuk kepada JAKIM melalui laman webnya dan anda juga boleh rujuk status halal sesuatu barangan yang anda beli di http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia.

Bagi barangan import, pihak kami juga turut menerima masuk barangan berstatus HALAL negara lain yang diiktiraf oleh pihak JAKIM. Anda boleh rujuk http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf untuk mengetahui senarai logo serta badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Terdapat juga barangan yang kami jual tetapi tidak mempunyai logo HALAL. Sebenarnya keperluan logo HALAL adalah untuk barangan yang diproses sahaja. Bagi barangan asas seperti beras, rempah ratus kasar, telur dan sebagainya, ia tidak memerlukan kepada pengiktirafan HALAL dari JAKIM kerana semua sumber asas tumbuhan adalah HALAL disisi syara’.


Logo Halal yang
diiktiraf oleh JAKIM

Selain dari itu, bagi barangan IKS Tempatan, pihak kami maklum tentang sumber kewangan dan kesedaran pengusaha tentang kepentingan mendapatkan sijil HALAL dari badan Agama Islam Negeri. Namun hanya barangan makanan tempatan yang diproses sendiri oleh pengusaha tersebut sahaja di terima di premis kami. Pada masa yang sama pihak kami memberi galakkan kepada mereka yang belum mendapatkan sijil halal untuk berbuat demikian.

Pihak kami turut mengalu-alukan sebarang maklumat jika anda terjumpa atau terbeli barangan di premis kami yang anda pasti tidak HALAL. Untuk sebarang makluman dan aduan, anda boleh menghubungi Syamsul Mohd Yusof :  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

 


Copyright © 2010 Sabasun HyperRuncit Sdn. Bhd