FB Sabasun Official


FB Kami Sayang Sabasun


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini251
mod_vvisit_counterSemalam270
mod_vvisit_counterMinggu Ini1072
mod_vvisit_counterMinggu Lepas2399
mod_vvisit_counterBulan Ini10428
mod_vvisit_counterBulan Lepas8131
mod_vvisit_counterKeseluruhan2339462
Kedai Pilihan Pengguna


ALHAMDULILLAH...SABASUN
telah dipilih sebagai Kedai Pilihan Pengguna oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Anugerah ini berjaya diraih berkat sokongan para pelanggan yang budiman. Jutaan terima kasih kami ucapkan.


DEFINISI KEDAI PILIHAN PENGGUNA

Kedai Pilihan Pengguna ialah premis perniagaan yang menjual barang keperluan harian pengguna dengan harga yang berpatutan dan berdaya saing (kompetitif) bertepatan dengan kualiti barang serta perkhidmatan yang ditawarkan. Program ini diwujudkan oleh KPDNHEP semenjak tahun 2006.

 

OBJEKTIF KEDAI PILIHAN PENGGUNA

Program ini telah menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai bagi memastikan program ini dapat memberi impak positif terhadap kestabilan ekonomi negara. Objektif Program Kedai Pilihan Pengguna adalah seperti berikut: -

  • Menggalakkan para peniaga menawarkan harga barang keperluan harian pada paras yang munasabah dan berpatutan sepanjang masa;
  • Mewujudkan penanda- aras bagi premis-premis perniagaan yang menjual barangan keperluan;
  • Memberi pengiktirafan kepada peniaga-peniaga yang menawarkan harga yang berpatutan bagi produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang baik kepada pengguna; dan
  • Mewujudkan suasana yang menyakinkan pengguna untuk berbelanja dan mengurangkan kadar inflasi.

 

MISI PROGRAM

Misi program ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang harmoni di antara pengguna dan peniaga barang keperluan harian sekaligus membantu pengguna untuk membuat pilihan yang bijak.

 


Copyright © 2010 Sabasun HyperRuncit Sdn. Bhd