FB Sabasun Official


FB Kami Sayang Sabasun


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini242
mod_vvisit_counterSemalam270
mod_vvisit_counterMinggu Ini1063
mod_vvisit_counterMinggu Lepas2399
mod_vvisit_counterBulan Ini10419
mod_vvisit_counterBulan Lepas8131
mod_vvisit_counterKeseluruhan2339453
Penarikan Balik Boikot Barangan Belanda

Pada 21hb Januari 2009, Mahkamah Amsterdam di Belanda telah mengarahkan pendakwaan ke atas ahli Parlimen, Geert Wilders yang menerbitkan filem ‘fitna’. Mahkamah mendakwa Geert Wilder kerana membangkitkan rasa kebencian dan diskriminasi terhadap Muslim dan Agama Islam melalui filemnya.

Pada peringkat awal semasa kes ini meletus pada bulan Mac 2008, Pejabat Pendakwaraya Awam Belanda memutuskan bahawa Geert Wilder tidak bersalah kerana berpendapat filem itu tidak menyalahi undang-undang kebebasan bersuara yang diamalkan di Belanda.

Walaubagaimanapun, dengan keputusan terkini oleh Mahkamah Rayuan, Geert Wilder akan dihukum kerana kesalahan menghina penganut Agama Islam dan menyamakan Agama Islam seperti fahaman Nazi. Pihak Mahkamah sedang mengkaji hukuman jenayah yang sesuai yang bakal dikenakan ke atas penjenayah dan pengkhianat kepada ‘kebebasan bersuara’: Geert Wilder.

Perdana Menteri Belanda menyifatkan, “filem itu dengan salah menyamakan Islam dengan keganasan dan ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah selain untuk menyinggung perasaan.” Gerard Spong, seorang peguam jenayah yang terkemuka di Belanda . Di atas keputusan Mahkamah tersebut, Encik Spong menyatakan,”ini adalah hari gembira bagi semua penganut Islam.”

Setidak-tidaknya, tindakan boikot dari kita semua turut memberi kesan ke atas keputusan kerajaan Belanda. Di atas perkembangan ini, pihak Sabasun mengambil keputusan untuk menghentikan kempen boikot ke atas barangan Belanda. Pihak SABASUN ingin memohon ribuan kemaafan di atas segala kesulitan yang timbul akibat dari tindakan Boikot barangan Belanda ini yang bermula pada bulan April 2008 yang lalu. Jutaan terima kasih kami ucapkan di atas segala kefahaman dan kesabaran yang diberikan oleh para pelanggan Sabasun. TERIMA KASIH!

 

Wassalam.

Pengarah Urusan
SABASUN HYPErRUNCIT SDN BHD

 


Copyright © 2010 Sabasun HyperRuncit Sdn. Bhd