FB Sabasun Official


FB Kami Sayang Sabasun


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini237
mod_vvisit_counterSemalam270
mod_vvisit_counterMinggu Ini1058
mod_vvisit_counterMinggu Lepas2399
mod_vvisit_counterBulan Ini10414
mod_vvisit_counterBulan Lepas8131
mod_vvisit_counterKeseluruhan2339448
Kronologi

 

1882-1904


Gelombang pertama penghijrahan pendatang haram Yahudi dari Eropah ke Palestin.



1897


Kongres Zionis pertama bertemu di Basel, Switzerland. Kongres tersebut dilancarkan untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di bumi Palestin. Di dalam kongres yang sama, Organisasi Zionis sedunia (World Zionist Organization) ditubuhkan.



1904-1914


Gelombang penghijrahan kedua pendatang haram Yahudi.



1917
2 November


Menteri Luar England, Lord Arthur James Balfour, mengutus surat (yang kemudiannya dikenali sebagai Deklarasi Balfour) kepada Lord Edmund de Rothschild bagi menyokong usaha penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin.



1918
9 Disember


Tentera British menjajah Palestin.

1920
24 April


Persidangan San Remo telah memberi kuasa kepada England ke atas Palestin.

1936-1939


Rakyat Palestin cuba bangkit bagi menentang penjajahan.

1947
29 November


Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), melalui Jawatankuasa Khas mengenai Palestin telah mencadangkan supaya negara Palestin dipecahkan menjadi dua negara, sebahagian bagi rakyat berketurunan Arab Palestin dan sebahagian lagi bagi pendatang haram Yahudi (Resolusi 181 perhimpunan agung PBB). Manakala Baitul Maqdis (atau Al-Quds atau Jerusalem) dan daerah di sekitarnya dijadikan kawasan antarabangsa, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak Palestin.

1948
9 April


Pasukan pengganas bawah tanah Yahudi yang dikenali sebagai kumpulan Irgun dan Stern Gang melakukan pembunuhan kejam ke atas 254 rakyat Palestin di perkampungan Deir Yassin berdekatan Baitul Maqdis.



1948
14 Mei


Mandat England ke atas Palestin berakhir secara rasminya. Yahudi Zionis serta-merta mengishtiharkan penubuhan negara israel. Amerika Syarikat menawarkan hubungan diplomatik penuh bagi mengiktiraf negara haram israel.



1949


Pada penghujung tahun 1948, Israel meluaskan penjajahannya ke atas 78% daripada tanah Palestin. Akibat dari rampasan tersebut 750,000 orang Palestin menjadi pelarian dan hidup dalam keadaan yang sangat daif. Sebelum tahun 1947, Yahudi 
hanya berjaya memiliki 7% tanah Palestin.

1967
5 Jun


Israel melancarkan serangan ke atas beberapa negara Arab. Peperangan ini dikenali sebagai ‘Perang Enam Hari.’ Israel mendapat bantuan kewangan dan persenjataan dari Amerika Syarikat. Di dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Timur Baitul Maqdis, Tebing Barat dan Gaza. Akibatnya, 500,000 lagi warga Palestin dihalau dari kampug halaman mereka.



 

LEBIH 6 JUTA RAKYAT PALESTIN TELAH MENJADI PELARIAN
SEMENJAK TAHUN 1948!


 


Copyright © 2010 Sabasun HyperRuncit Sdn. Bhd