FB Sabasun Official


FB Kami Sayang Sabasun


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini245
mod_vvisit_counterSemalam270
mod_vvisit_counterMinggu Ini1066
mod_vvisit_counterMinggu Lepas2399
mod_vvisit_counterBulan Ini10422
mod_vvisit_counterBulan Lepas8131
mod_vvisit_counterKeseluruhan2339456
Sejarah Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd

 

"Sabar dan bersungguh-sungguh". Itulah sebaris perkataan yang membawa kepada tercetusnya sebuah nama, SABASUN.

 

 

SABASUN HYPErRUNCIT Sdn. Bhd. didaftarkan pada 14 Disember 1994 dan mula beroperasi pada 2 April 1995 di atas tapak sebuah kedai kecil yang mempunyai keluasan 3000 kaki persegi. Lokasi kami ialah bersebelahan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu.. Bermula dari itu, Sabasun dikenali ramai dengan motto " Harga Muroh Sokmo".

"SOKMO" ialah perkataan dalam slanga Terengganu yang bermaksud 'sentiasa'.

 

 

Pada peringkat awal, Sabasun mempunyai 5 orang pekerja sahaja, dan telah bertambah kepada 70 orang pekerja pada tahun 1999 selaras dengan kemajuan dan juga pertambahan jualan. Pada tahun 2000, Sabasun telah berjaya mendirikan sebuah bangunan milik sendiri yang bernilai RM2.4 juta bersebelahan dengan bangunan yang sedia ada iaitu dengan penambahan kawasan jualan sebanyak 18,000 kaki persegi berserta dengan peningkatan tenaga kerja seramai 200 orang. Pada masa yang sama, Sabasun juga telah membeli sebuah gudang yang terletak di Lot PT 2237 K, Kawasan Perindustrian Chendering yang bernilai RM1 juta; berkeluasan 1 ekar yang berfungsi sebagai gudang simpanan stok yang berkuantiti besar.

 

 

Semenjak tahun 2001, ruang niaga Sabasun diperbesarkan secara berperingkat-peringkat bagi menyediakan suasana membeli belah yang lebih selesa berserta pilihan produk yang lebih banyak. Pada ketika ini, keluasan premis perniagaan Sabasun berjumlah 70,000 kaki persegi yang merangkumi ruang niaga, setor, pejabat, surau, tempat letak kenderaan, restoran, kiosk dan tandas.

ALHAMDULILLAH, Sabasun masih mampu berdiri sampai ke hari ini berkat sokongan penuh dari Pelanggan yang dihargai dan juga Pembekal.
TERIMA KASIH dari Kami.

 


Copyright © 2010 Sabasun HyperRuncit Sdn. Bhd